Nama : Mayandy Vasu

No.Matrik : D20102044470

Tajuk : Kajian Tempatan (Tempat pelancongan di Malaysia)

Wednesday 19 October 2011

PERAK

KENALI PERAK

Daerah Manjung telah menjadi destinasi utama pelancong ke Negeri Perak di mana Pulau Pangkor dan Teluk Batik telah menjadi tumpuan utama pelancong-pelancong dari dalam dan luar negeri. Visi pembangunan sektor pelancongan ialah menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan Daerah Manjung.
Daerah Manjung memang terkenal dengan tempat rekreasinya disebabkan lokasinya yang terdapat di kawasan peranginan umpamanya Teluk Batik, Teluk Rubiah, Pulau Pangkor dan lain-lain lagi. Terdapat tiga padang golf utama di Daerah Manjung iaitu Kelab Golf Samudera (9 lubang), Damai Laut Golf & Country Club, Lumut (18 lubang) dan Kelab Golf Teluk Rubiah (18 lubang).Pulau Sembilan adalah satu destinasi pelancongan bagi tujuan memancing.
Sukan air atau "water sport" merupakan rekreasi yang utama di kawasan laut. Terdapat dua Yacht Club yang sedang beroperasi di Daerah Manjung iaitu di Lumut. Kelab-kelab tersebut adalah Perak Yacht Club dan Samudera Yacht Club.
Pantai, laut, pulau, hasil laut, tempat bersejarah, hutan bakau, hutan bukit dan kemudahan- kemudahan rekreasi adalah merupakan produk-produk pelancongan yang menjadi daya tarikan utama pelancong-pelancong tempatan mahupun luar negeri untuk datang ke Daerah Manjung yang indah ini. Diantara tempat-tempat menarik di daerah Manjung adalah seperti berikut:-
Teluk Batik (pantai)
Teluk Rubiah (pantai, golf, sejarah)
Taman Esplaned, Lumut (rekreasi)
Pasir Panjang, Segari (pantai, pusat pembiakan penyu, memancing)
Teluk Senangin (pantai)
Pasir Bogak (pantai)
Teluk Nipah (pantai)
Pantai Puteri Dewi (pantai, resort)
Pangkor village (pantai)
Kota Belanda Pangkor (sejarah)
Batu Bersurat (sejarah)
Pangkor Laut (resort)
Pulau Sembilan (pulau, memancing, menyelam)
Teluk Segadas Pangkor
Jambatan Gantung (rekreasi)
Damai Laut Resort
Restoran Terapong Teluk Gedong (makanan laut)
Kg.Bharu (sukan air)
Kg. Teluk (pertanian)
Lata Ulu Licin Beruas (air terjun)
Muzium Beruas (bahan sejarah)
Bukit yang tertinggi di Daerah Manjung ialah Bukit Engku Busu di Lumut dan Bukit Pangkor di Pulau Pangkor. Kedua-dua bukit ini adalah merupakan kawasan rekreasi yang popular kepada pelawat atau pelancong yang berjiwa "adventurous" disamping aktiviti "jungle-tracking". Beberapa kawasan untuk beritirehat juga telah dibangunkan.


                


        

      

    

No comments:

Post a Comment