Kompleks Medan Ikan Bakar Kuala Perlis (KOMALAUT)
Kompleks Medan Ikan Bakar Kuala Perlis (MIBKP) atau lebih dikenali sebagai KOMALAUT, merupakan salah satu projek pelancongan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Kompleks ini merangkumi lapan (8) unit gerai makan, enam (6) unit kedai serbaneka, surau, tandas awam, pentas persembahan, bilik persalinan, menara tinjau dan ruang pameran. Di samping itu, Kompleks tersebut juga menyediakan kemudahan parkir kenderaan yang luas dan mampu memenuhi bilangan pengunjung yang ramai pada satu-satu masa.
Restoran Samudera Curry House
Merupakan sebuah restoran yang menyediakan masakan berasaskan makanan laut di Kuala Perlis. Restoran ini mula beroperasi pada Jun 2010. Kedudukannya yang terletak kira-kira 12km dari Kangar menjadikan ia sebuah lokasi yang strategik dan mudah dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar Negeri Perlis. Restoran ini menyajikan makanan yang segar kerana terdapat pusat pendaratan ikan yang berhampiran dengannya. Restoran ini dibuka bermula dari jam 12 tengahari hingga 12 tengah malam setiap hari kecuali hari Rabu.
No comments:
Post a Comment